khayal | 1 sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2 sangat asyik melakukan sesuatu; leka: Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1 membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2 menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khayal | 1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolaholah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; mengkhayalkan 1. menggambarkan (membayangkan) dlm angan-angan, menganganangankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari; drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~; terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~; khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu); pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan); pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhayal | 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkhayal | 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolaholah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhayal | 1. berangan-angan; mengelamun. 2. berbuat sesuatu sampai khayal; berleka-leka. | Kamus Pelajar |
mimpi | 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermimpi | 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengawang | 1. naik tinggi ke udara, meninggi: belon-belon itu ~ sesudah dilepaskan; 2. memikirkan yg tinggi-tinggi, berkhayal: fikirannya ~; 3. berbuat sesuatu dgn tidak menentu atau berhati-hati (memukul, berkata, dll), merambang, mengaur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermimpi | 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. | Kamus Pelajar |
angan-angan | 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |