kicau I | 1. bunyi burung; 2. = kicak-~ bunyi burung murai: Karim dikejutkan drpd tidurnya oleh ~ murai; berkicau 1. berbunyi (bkn burung terutama burung murai): ayam biasa berkokok, murai biasa ~; 2. bercakap-cakap dgn sesuka hati (tidak tentu buah butirnya), berceloteh, mengoceh; berkicauan berkicau banyak-banyak (bersama-sama): beberapa ekor burung murai ~ dr dahan ke dahan; kicauan kicau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mericau | 1. berkicau (burung dll), menggericau; 2. banyak mulut, cerewet, berleter, berceloteh, mengoceh, meracau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meratus | 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ricau | ; mericau 1. berkicau (burung dll), menggericau; 2. banyak mulut, cerewet, berleter, berceloteh, mengoceh, meracau; pericau orang yg suka mericau (berleter, berceloteh, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ratus II | ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkicau | 1. berbunyi (bkn burung terutama burung murai): ayam biasa berkokok, murai biasa ~; 2. bercakap-cakap dgn sesuka hati (tidak tentu buah butirnya), berceloteh, mengoceh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oceh | (océh) Jk; mengoceh 1. berbunyi (burung), berkicau; 2. bercakap yg tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, merapik, mericau: ia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke sana-sini; mengocehkan mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi; ocehan1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu; 2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suara | 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siang I | 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda | 1 = ~ baca lambang atau simbol dlm tulisan spt koma, noktah yg mempunyai erti tertentu; 2 sesuatu yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu; alamat: Burung berkicau ~ hari akan siang. 3 sesuatu yg menunjukkan kebenaran sesuatu yg lain; bukti; dalil: Tidak ada ~ yg menunjukkan bahawa dia telah mencuri barang-barang itu. ~ aras ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. ~ bahagi tanda (÷) yg menunjukkan bahawa sesuatu angka mesti dibahagikan. ~ campur tanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8). ~ darab (kali) tanda (x) yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka mesti didarabkan. ~ koma tanda (,) utk menunjukkan tempat berhenti sebentar dlm bacaan, utk memisahkan butiran dlm senarai dll. ~ kurung tanda ( ) utk menunjukkan unsur pilihan bagi pembaca, utk menunjukkan keterangan atau penjelasan ttg sesuatu, dsb. ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat, pd kulit seseorang sejak lahir. ~ mata hadiah utk kenang-kenangan. ~ panah tanda (®) yg menunjukkan hala, arah dll. ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat seseorang dlm pasukan tentera dll. ~ seru (seruan) tanda (!) utk tujuan melahirkan rasa sakit, hairan, marah dsb. ~ tanya a. = ~ soal tanda (?) dlm tulisan utk menyatakan soalan. b. hal yg belum terang atau belum jelas lagi. ~ tilde tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata masukan yg terdapat dlm contoh penggunaan, gabungan kata dll. bertanda ada tandanya; memakai tanda: Kicap buatannya ~ kuda terbang. menandai 1 membubuh tanda pd sesuatu supaya dpt dikenali atau dpt dicamkan: Dia ~ pintu itu dgn tanda pangkah. 2 mencatat supaya diketahui: Tepat pd pukul lapan, beliau mula ~ buku kedatangan. menandakan 1 menyatakan atau menunjukkan sesuatu; menjelaskan: Mukanya masam ~ bahawa dia tidak bersetuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. penandaan perihal (perbuatan dsb) menandai atau menandakan. petanda tanda atau alamat yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu dll. penanda sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |