Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkipas 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kipas I1 alat yg tipis dan lebar yg digerak-gerakkan turun naik atau ke kiri ke kanan, dgn tangan utk mengadakan angin. 2 alat yg berpusing utk menjalankan enjin kapal, kapal terbang dll: ~ angin (elektrik) kipas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. berkipas 1 mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2 sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas. mengipas 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu: Dia memang pandai ~ ketuanya. mengipaskan mengibaskan (kipas, sayap, ekor dll). pengipas orang yg (pandai atau selalu) mengipas (mengampu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkipas1. mempunyai kipas, mengguna­kan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (meng­angini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
kipas I1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, mengguna­kan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (meng­angini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkipas1 mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2 sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkipas1. mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2. sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas.Kamus Pelajar
kipas I1. alat yg tipis dan lebar yg digerak-gerakkan turun naik dgn tangan utk mengadakan angin. 2. alat yg berpusing utk menjalankan enjin kapal, kapal terbang dll:~ angin (elektrik) kipas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. berkipas 1. mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2. sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas. mengipas mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. mengipaskan mengibaskan (kipas, sayap, ekor dll).Kamus Pelajar
pangkuriba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya; berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa­-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), me­riba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. me­ngelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggan­tikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pang­kat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah meng­habiskan harta tetapi hendaklah mencari ke­untungan; pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, ling­kungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka; pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah,dll); pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyeleng­garakan pemerintahan dll, pengelola.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas