Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,

Puisi
 

Nyiur manis dimakan rusa,
     Peti belayar Negeri Keling;
Buat manis hadapan kita,
     Hati berkisar tempat lain.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tahu di angin berkisar.

Bermaksud :

Tahu akan perubahan hati seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkisar1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkisar1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat;Kamus Dewan Edisi Keempat
olak I1 = olakan gerakan berpusing atau berkisar; pusaran: ~ air pusaran air. 2 ombak kecil. berolak berpusing; berkisar. perolakan putaran haba dr sesuatu bahagian ke bahagian lain melalui pergerakan tertentu: hujan ~. pengolak; ~ habaalat yg memutarkan haba.Kamus Pelajar
olak I1. = olakan gerakan berpusing (berkisar, berputar), kisaran, pusaran, putaran; ~ air pusaran air; ~ angin pusaran angin; arus ~ arus yg berpusing; 2. ombak kecil: ~-~ itu berkejar-kejaran menumpu permatang; berolak 1. berkisar, berpusing, berputar; 2. ber­ombak kecil; perolakan perihal berolak: lakukan penyem­buran dan pendebuan pd waktu pagi utk menghindari ~ angin menegak; pengolak; ~ haba alat dll yg memutarkan haba.Kamus Dewan Edisi Keempat
kisar; berkisar 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. mengisar 1 menggiling padi (gandum dll) utk membuang kulitnya: Pd masa ini, orang dpt ~ padi dgn mesin. 2 menghancurkan (makanan); menghadamkan. mengisarkan 1 menjadikan berpusing (bkn roda dll); memutarkan. 2 memindahkan atau mengubah (mengalih) kedudukan sesuatu: ~ pandangan mengalih pandangan. kisaran gerakan berkisar; putaran; pusingan. perkisaran hal atau perbuatan berkisar. pengisaran hal (perbuatan, kerja dsb) mengisar. pengisar 1 alat utk mengisar (kopi, gandum dll). 2 orang yg mengisar (padi, gandum dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kisarberkisar 1. berpusing (spt putaran roda dll); berputar. 2. beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3. ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. mengisar 1. menggiling padi (gandum dll) utk membuang kulitnya:Pd masa ini orang dpt ~ padi dgn mesin. 2. menghancurkan (makanan); menghadamkan. mengisarkan 1. menjadikan berpusing (bkn roda dll); memutarkan. 2. memindahkan atau mengubah (mengalih) kedudukan sesuatu: ~ pandangan mengalih pandangan. kisaran gerakan berkisar; putaran; pusingan. perkisaran hal atau perbuatan berkisar. pengisaran hal (perbuatan, kerja dsb) mengisar. pengisar 1. alat utk mengisar (kopi, gandum dll). 2. orang yg mengisar (padi, gandum dll).Kamus Pelajar
kisar Iputaran (bumi dll) pd paksi atau sumbu putarannya; berkisar 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; berkisarkan berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; mengisar 1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya serta memperbaiki keris panjangnya; 4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain; 5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual; terkisar dikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~; kisaran putaran, pusingan; ~ angin pusingan angin; ~ biji mata putaran biji mata; perkisaran perihal berkisar, perputaran; ~ harga perubahan harga yg semakin tinggi; pengisaran 1. perihal (kerja, perbuatan, dsb) mengisar, pemutaran; 2. pemindahan, peng­ubahan, penggantian; pengisar 1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengi­sar (padi dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berpusarberkisar, berpusing, berputar (kisaran angin, olak air, dll): fikirannya ~; cerita ini ~ pd soal cinta;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkitarberkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkisarkanberkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas