kisi I | ; kisi-kisi 1. batang-batang drpd kayu atau logam (besi dll) yg dipasang berdiri (pd tingkap dll), jeruji, terali, kekisi: penjara yg ada sekarang ini berpuluh-puluh jendelanya, dan ~nya semuanya drpd besi; 2. palang (drpd kayu dll) yg menghubungkan gandar (pusat) roda dgn lingkarannya; 3. celah (pintu dll); berkisi 1. = berkisi-kisi memakai (mempunyai) kisi-kisi: setiap tingkap rumah itu ~; 2. = ~ kpd bertumpu (berpusat) pd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkisi | 1. = berkisi-kisi memakai (mempunyai) kisi-kisi: setiap tingkap rumah itu ~; 2. = ~ kpd bertumpu (berpusat) pd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langkan | 1. serambi atau beranda yg berkisikisi dindingnya: lain drpd bilik tidur dua buah, ada pula ~ dan tempat makan; 2. Jk pagar jambatan dll yg berkisi-kisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terali | IB 1. jerjak, kisi-kisi; 2. pagar atau langkan (pd beranda, jambatan, dll) yg berkisi-kisi; 3. pagar pd tepi kapal: tangannya menggenggam dgn kuat besi bulat ~ itu; berterali ada teralinya: sepanjang asrama itu ada serambi muka, lebih kurang dua meter lebarnya dan ~ pinggirnya; berteralikan mempunyai sesuatu sbg terali, memakai terali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |