berkomputer | yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mel berkomputer(computerized mail) | Teknik penghantaran surat dalam bentuk elektronik dengan menggunakan komputer. Sinonim surat berkomputer. | Kamus Komputer |
linguistik berkomputer | cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
robot berkomputer(computerized robot) | Robot yang dikawal oleh komputer. | Kamus Komputer |
persidangan berkomputer(computer conferencing) | Persidangan yang dilakukan melalui peralatan komputer yang disambungkan dalam rangkaian. | Kamus Komputer |
pangkalan data berkomputer(computerized data base) | Pangkalan data yang dibentuk untuk kegunaan dengan komputer. | Kamus Komputer |
teleperbankan | (téléperbankan) urusan perban-kan berkomputer yg dikendalikan melalui telefon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teleperbankan | /téléperbankan/ urus niaga perbankan secara berkomputer yg dikendalikan melalui telefon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Puspakom | akronim bagi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juruwang berautomat(automated teller machine) | Mesin berkomputer yang berfungsi sebagai juruwang dalam urusan perbankan bagi membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan selepas waktu urus niaga bank atau tanpa berurusan dengan juruwang. | Kamus Komputer |