berkomunikasi | berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa badan | cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahasa isyarat | cara berkomunikasi yg tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yg lazim dlm sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa tubuh | cara berkomunikasi melalui gaya duduk | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa badan | cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa gerak-geri | cara berkomunikasi melalui gaya duduk | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telesidang | /télésidang/ persidangan yg berlangsung dgn para pesertanya berkomunikasi antara satu dgn yg lain dr tempat-tempat jauh yg berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spiritualisme | kepercayaan bahawa roh orang yg mati boleh berkomunikasi dgn orang yg hidup (terutamanya melalui perantaraan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walkie-talkie | sj alat komunikasi kecil mudah alih yg membolehkan dua pihak atau lebih berkomunikasi secara langsung, biasanya pd jarak yg dekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
videofon | /vidéofon/ peranti telefon yg menghantar dan menerima suara dan imej visual antara pihak yg berkomunikasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |