berkorban | 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkorban | 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkorban | 1. memberikan sesuatu sbg korban:Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2. memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain:Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. | Kamus Pelajar |
balai buana | tempat berkorban pd upacara menyemah negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggalangkan batang leher | ki sanggup berkorban; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
watan | Ar tanah air, tanah tumpah darah: rela berkorban utk berbakti kpd ~; kewatanan semangat utk membela nasib bangsa dan negara: faham kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan persaudaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rela | /réla/ 1 dgn suka hati; dgn ikhlas; berkenan; sudi: Aku ~ berkorban utk bangsa dan negara. 2 izin; persetujuan: Kedatangan kami adalah utk meminta ~ ayahanda dan bonda. merelai menerima sesuatu dgn hati yg ikhlas, meredai: pemergian yg direlainya. merelakan memberikan dgn suka hati; mengizinkan; memperkenankan: Relakan saya pergi. ~ wang yg diambilnya itu. kerelaan keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepentingan | 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyebarkan | 2 mengembangkan sesuatu agama dll; menyiarkan: Mereka sanggup berkorban apa saja utk ~ agama Islam. | Kamus Pelajar |
setia | 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |