Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mula menjadi sah atau mula berlaku; mula dijalankan (bkn peraturan dsb): Peraturan itu ~ pd 1 Januari 1986. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkuat kuasamula menjadi sah atau mula berlaku; mula dijalankan (bkn peraturan dsb): Peraturan itu ~ pd 1 Januari 1986.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menguatkuasakanmenjadikan (undang-undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkuat kuasamempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlaku4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peratuan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang.Kamus Pelajar
laku4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peratuan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang.Kamus Pelajar
retroaktif(rétroaktif) mulai berkuat kuasa dr tarikh yg lalu, yg diundurkan tarikh berkuat kuasanya (bkn undang-undang dsb): seseorang tidak boleh didakwa mengikut undang-undang yg belum wujud ketika jenayah itu dilakukan walaupun ada peruntukan ~ dlm undang-undang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuat kuasakuasa yg sah atau mula berlakunya sesuatu peraturan, undang-undang dll. berkuat kuasa mula menjadi sah atau mula berlaku; mula dijalankan (bkn peraturan dsb): Peraturan itu ~ pd 1 Januari 1986. menguatkuasakan menjadikan berkuatkuasa; melaksanakan: Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di tempat itu. penguatkuasaan perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang. penguat kuasa orang yg menguatkuasakan (undang-undang dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlaku1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuat kuasa1. perihal mulai berlakunya (per­aturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~ nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undang­undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tinda­kan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
menggantung1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut):perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas