kubu | 1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kubu I | 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa benĀteng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat ygberpagar kuat utk menangkap gajah; berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu; terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkubu | 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkubu | 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loji I | 1. gedung, bangunan besar; 2. pejabat syarikat perniagaan zaman dahulu yg dibuat berkubu; 3. kilang (bangunan serta alat-alat di dalamnya spt jentera, mesin, dll); ~ kuasa a) loji utk menerbitkan kuasa atau tenaga (elektrik dll); b) kilang (bangunan) serta alat di dalamnya utk memasang sesuatu (kereta, jentera, dll); ~ penapis loji utk menapis sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parit | 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
parit | 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. | Kamus Pelajar |
kukuh | 1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |