berkumat-kamit | kumat-kamit: Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ngutngut | bergerak-gerak mulutnya (bkn orang mengunyah dll), berkumat-kamit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekeluan | perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumat-kamit | bergerak-gerak bibir (spt orang membaca doa dgn tidak bersuara, bercakap sendirian, dsb: bibirnya ~ mengucap berulang kali; berkumat-kamit kumat-kamit: Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan; mengumat-ngamitkan menggerak-gerakkan bibir (spt orang bercakap dgn tidak mengeluarkan suara): mulutnya dikumat-kamitkan bagaikan membaca doa pelias mengelak drpd ular bisa; terkumat-kamit tergerak-gerak bibir: mulut Ramlan ~ membaca isi surat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelu | 1. tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yg ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |