kumpul | ; sekumpul selonggok; berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; mengumpulkan 1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah; kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar; pengumpulan perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersatu | 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati bermuafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah melangsungkan akad nikah tetapi belum ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merombong | 1. berkumpul menjadi kumpulan (orang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rombong II | ; merombong 1. berkumpul menjadi kumpulan (orang); 2. ark bertimbun banyak-banyak; rombongan sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; berombongan secara (berupa) rombongan, berkumpulan: membuat lawatan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pumpunan | 1. tempat berkumpul, tempat utk dikumpulkan; 2. himpunan, kumpulan, perkumpulan; pusat jala ~ ikan prb (menjadi) tempat berkumpul (menjadi pusat bermacam-macam hal atau urusan), pusat pentadbiran, pusat pemerintahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkumpul | 1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pumpun I | Mn; berpumpun berhimpun, berkampung, berkumpul; ~ abu ada alamat-alamat (tanda-tanda) kesalahan; memumpun menghimpunkan, menampungkan, mengumpulkan; terpumpun terhimpun, terkampung, terkumpul, terpusat; pumpunan 1. tempat berkumpul, tempat utk dikumpulkan; 2. himpunan, kumpulan, perkumpulan; pusat jala ~ ikan prb (menjadi) tempat berkumpul (menjadi pusat bermacam-macam hal atau urusan), pusat pentadbiran, pusat pemerintahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasuk | ; pasukan 1 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan: ~ bola sepak; ~ palang merah. 2 kumpulan binatang; kawan: se~ gajah. berpasukan berkumpul dlm pasukan; berkumpulan: Beluncas menyerang daun-daun tanaman secara ~. berpasuk-pasukan berkumpul dlm beberapa pasukan; berkumpul-kumpul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercokol | 1. duduk berkumpul beramai-ramai (di); 2. ki (bkn kumpulan penyamun dll) tinggal (di), bersarang (di); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satu | 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. | Kamus Pelajar |