haus II | berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air; menghauskan menjadikan haus: air yg mengalir dapat ~ batu; kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakir miskin | golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neonatal | (néonatal) (Ubat) bkn bayi yg baru lahir: kadar kematian ~ semakin berkurangan di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyamaratakan | menjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pun | 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penurunan(degradation) | Keadaan apabila perkhidmatan, kemudahan, sambutan, atau kecekapan sistem atau proses berkurangan daripada tahap optimumnya. | Kamus Komputer |
turun darah | a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derum II | bunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh (enjin kereta dll): ~ enjin kereta yg hingar bingar sudah semakin berkurangan pd telinga Kamal; berderum, menderum berbunyi spt bunyi guruh terdengar dr jauh: guruh yg ~ itu berlanjut-lanjut bunyinya; sederum pd ketika yg sama, serentak (berbunyi, bercakap, menjawab, dll); deruman bunyi menderum, bunyi derum: ~ hujan di waktu itu telah membuat saya kurang mendengar apa-apa yg dikatakannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama rata | 1. ratanya serupa; 2. = sama rasa semuanya sama; menyamaratakan menjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim; kesamarataan sifat (keadaan dsb) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain): anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dgn perempuan; penyamarataan proses menyamaratakan se-suatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lubang leleh | (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg bertakung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |