lain | 1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan, dll), kecuali: tiap-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~ drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak ada yg sama dengannya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~ pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat; selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya; berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih: apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan; berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat ketara; melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll), menyalahi: ~ kebiasaan; melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain; kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyimpangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bagai | 1. jenis, macam: beberapa ~ ukiran yg dibuatnya; 2. banding, sama, persamaan: kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya; 3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dgn sesuatu, seperti, semacam, umpama: ~ kera mendapat bunga; hatinya ~ dihiris-hiris;sebagai 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;persebagaian Kl perumpamaan; berbagai berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu;berbagai-bagai, bagai-bagai bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yg berlainan: ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara drpd musuhnya;membagaikan Mn = memperbagai-bagaikan memperolok-olokkan;pelbagai, perbagai, perbagai-bagai berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu;mempelbagaikan, memperbagaikan menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian;kepelbagaian perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;pempelbagaian perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dll): ~ keluaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepala I | 1. bahagian tubuh (manusia atau binatang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata terpenting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kampung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan peranan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |