berlangsung | 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlangsung | 1. berlaku (peperangan, keramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah bernikah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berulang | 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbaik | 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merumbu | 1. berlaku tidak senonoh; 2. berjalan ke mana-mana, berkeliaran, merambu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahunan | 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyopani | 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraja | 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mingguan | 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diterbitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengongkang | 1. berlaku spt kongkang; 2. mengerip, mengunggis: Intan sedang enak ~ epal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |