Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalai (adjektif)
Bersinonim dengan cuai, alpa, teledor, lepa, loleh, tengung, tenging, taufah, sahi, meling, lengai, deder, leler, kelipar, pangling, terpica, seleder, ayal;,
Kata Terbitan : berlalai-lalai, melalaikan, kelalaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lalai1 tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. 2 terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. berlalai-lalai 1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat. melalaikan 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. memperlalaikan 1 menyebabkan orang lain berlalai-lalai. 2 mengundurkan atau melewatkan sesuatu maksud (niat dsb). 3 menghibur hati. terlalai 1 tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar. 2 tidak sedar lagi (spt tertidur); nyedar: Anaknya ~ di pangkuannya. kelalaian keadaan atau sifat lalai. pelalaian perihal atau perbuatan melalaikan. pelalai 1 orang yg lalai. 2 jampi atau ubat utk melalaikan atau utk melekakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lalai I1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang; berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambat­kan, berlambat-lambat, berlengah-lengah; melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai: utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hati­nya dgn barang daya upayaku;terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, ke­alpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguh­nya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ men­jemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; pelalaian ark perihal melalaikan; pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlengah1. berlalai­lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlengah-lengah1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur;Kamus Dewan Edisi Keempat
lalai1 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menyebabkan orang lain berlalai-lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau.Kamus Pelajar
lengah(léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalan­kan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan me­lakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, ter­lalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg meng­gunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berlalai-lalai1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlalai-lalai1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambat­kan, berlambat-lambat, berlengah-lengah;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlalai-lalai1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan.Kamus Pelajar
berlalai-lalai1. tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2. berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas