langsung | 1 terus dan tidak berantara; lantas: Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2 tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3 tepat dan tidak menyimpang: Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4 sedikit pun; sama sekali: Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya. berlangsung 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. melangsungkan 1 melaksanakan atau mengerjakan: Pak Ahmad akan ~ majlis perkahwinan anaknya pd hujung minggu ini. 2 meneruskan (bantahan, rayuan dll); memanjangkan. terlangsung terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
langsung | 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, keramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah bernikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerjakan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilaksanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlangsung | 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlangsung | 1. berlaku (peperangan, keramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah bernikah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlaku | 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlangsung | 1. berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2. terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. | Kamus Pelajar |
berlaku | 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, dikuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laku | 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ antara seorang India dgn seorang Cina. | Kamus Pelajar |
berlaku | 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ antara seorang India dgn seorang Cina. | Kamus Pelajar |
berlaku | 1. sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ antara seorang India dgn seorang Cina. 2. berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3. menjalankan tugas; menjadi:Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4. dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa:Peratuan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. | Kamus Pelajar |