berlanjutan | berpanjangan; berterusan: Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlanjutan | berpanjangan, berterusan, berkekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh-puluh tahun lamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlanjutan | berpanjangan; berterusan:Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. | Kamus Pelajar |
berkekalan | sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlarutan | berlanjutan atau berpanjangan (bkn perbualan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersinambungan | berlanjutan, berterusan, berpanjangan: bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yg panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersinambung | berlanjutan, berterusan, berpanjangan: bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yg panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlarutan | berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larut I | 1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2. telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam; berlarut-larut berpanjang-panjang (perbualan dll), melarat-larat: selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam; berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan: perkara itu dijadikan sbg satu isu utk ~ perdebatan; kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak mengikut mestinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlarutan | berlanjutan atau berpanjangan (bkn perbualan dll). | Kamus Pelajar |