berlantaikan | menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parket II | (parkét) kepingan kayu kecil-kecil yg mempunyai corak tertentu utk digunakan sbg tutupan lantai: setiap unit mengandungi tiga bilik tidur dgn berlantaikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantai | 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg sebahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru diperoleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |