berlapar | menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlapar | menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlapar | menanggung lapar; berasa lapar:Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. | Kamus Pelajar |
tahan lapar | kuat berlapar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dugal III | Sb, Sr gastritis: pengidap ~ dinasihati supaya selalu minum air dan dilarang berlapar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdahaga | menanggung rasa dahaga: dia sentiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapar | berasa hendak makan kerana perut kosong: Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan menjadikan lapar; membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lapar | berasa hendak makan kerana perut kosong:Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar:Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1. menanggung lapar; dlm keadaan lapar: Banyak antara mereka yg mati ~. 2. kekurangan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. | Kamus Pelajar |
lapar | berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, membiarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dahaga I | 1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hendak minum, haus; melepaskan (menghilangkan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sentiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, keinginan (akan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |