berlaukkan | menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk: Di rumahnya tadi, kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlaukkan | menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlaukkan | menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk:Di rumahnya tadi kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. | Kamus Pelajar |
lauk | (masakan) daging, ikan dsb yg dimakan dgn nasi: Apa ~ di rumah kamu hari ini? ~-pauk bermacam-macam lauk. berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi. berlaukkan menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk: Di rumahnya tadi, kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lauk | (masakan) daging, ikan dsb yg dimakan dgn nasi: Apa ~ di rumah kamu hari ini? ~-pauk bermacam-macam lauk. berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi. berlaukkan menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk:Di rumahnya tadi kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak. | Kamus Pelajar |
lauk | 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: tersangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |