lawak I | jenaka, kelakar: ahli-ahli ~ yg terkenal akan mengambil bahagian dlm pertunjukan itu; lawak-lawak perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan; berlawak, berlawak-lawak, melawak, melawak-lawak melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati (melucukan), berjenaka, berolok-olok; pelawak 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlawak | melakukan atau mengucapkan sesuatu utk menggelikan hati; berjenaka; berkelakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlawak-lawak | melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati (melucukan), berjenaka, berolok-olok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlawak | melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati (melucukan), berjenaka, berolok-olok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlawak | melakukan atau mengucapkan sesuatu utk menggelikan hati; berjenaka; berkelakar. | Kamus Pelajar |
lawak | sesuatu yg diucapkan atau yg dilakukan utk menggelikan hati orang; jenaka; kelakar. berlawak melakukan atau mengucapkan sesuatu utk menggelikan hati; berjenaka; berkelakar. pelawak 1 orang yg suka berjenaka atau suka membuat kelakar. 2 orang yg kerjanya berlawak; tukang lawak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lawak | sesuatu yg diucapkan atau yg dilakukan utk menggelikan hati orang; jenaka; kelakar. berlawak melakukan atau mengucapkan sesuatu utk menggelikan hati; berjenaka; berkelakar. pelawak 1. orang yg suka berjenaka atau suka membuat kelakar. 2. orang yg kerjanya berlawak; tukang lawak. | Kamus Pelajar |
membanyol | berjenaka, berlawak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlelucon | berkelakar, berjenaka, berlawak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkelakar | membuat kelakar; berjenaka; berlawak; bergurau senda: Pemuda yg kacak itu pandai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |