boros | 1. terbuka, terurai, lepas (tali yg diikatkan); 2. tidak hemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, suka memakai barangbarang berlebih-lebih: ia hidup terlalu joli dan ~; kalau ~ lekas kerugian prb orang yg boros itu akhirnya beroleh kesusahan; berboros berlaku boros: mereka menjaga diri drpd ~ atau berhutang;memboroskan mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dll berlebih-lebihan (dgn cara yg membazir): ia banyak ~ harta bapanya;keborosan keadaan boros, sifat boros; pemborosan perihal boros atau memboroskan, perbuatan memboroskan (wang, barang, dll);pemboros orang yg boros atau bertabiat boros. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlebih-lebih | 1. terlalu banyak lebihnya (makanan dll): pakaian yg dibelinya itu ~; 2. melewati (bertambah) dr yg sebenarnya: kebesaran raja-raja pd zaman dahulu biasanya diceritakan dgn cara yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlampau | sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belir | Pr berlebih-lebih, melewati batas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampau | terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelewatan | 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjung-anjungan | puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melimpah-limpah | ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersahaja | dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersahaja | dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. | Kamus Pelajar |