leter | /létér/ tutur kata yg terus-menerus keluar dgn tidak keruan erti maksudnya. berleter, meleter bercakap berterus-terusan dgn tidak mempunyai tujuan: Emaknya asyik ~ saja di rumah. meleteri berleter atau meleter kpd seseorang: Ibu selalu ~ adik saya. leteran kata-kata yg keluar ketika berleter; percakapan yg tidak menentu; omelan. peleter orang yg suka berleter atau meleter. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leter | (létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun menangislah, kerana mengenangkan untungnya yg malang itu dgn berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu; berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang; meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dsb), mengomeli: sudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu; leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya; peleter (orang yg) suka berleter, pengomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berleter | , meleter bercakap berterus-terusan dgn tidak mempunyai tujuan: Emaknya asyik ~ saja di rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meleteri | berleter atau meleter kpd seseorang: Ibu selalu ~ adik saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peleter | orang yg suka berleter atau meleter. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |