Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.li.bur] | برليبور

Definisi : bercuti, beristirahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlibur


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berliburbercuti, beristirahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercuti1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpakansibercuti, berlibur.Kamus Dewan Edisi Keempat
pakansiIB cuti, libur: datanglah bulan Julai bulan ~ anak sekolah; berpakansi bercuti, berlibur.Kamus Dewan Edisi Keempat
liburJw 1. = liburan (hari) cuti atau kelepasan: tahun ini dia akan menghabiskan liburannya di Tanah Sunda; 2. = berlibur bercuti, beristirahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuti1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pe­lajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempoh II(témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas