penuh ruah | a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambak | 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. banyak (berlimpah-limpah); pasar ~ bp pasar borong; 3. Mn lapisan (pd tikar, tilam, dll), alas, lapik; berlambak, berlambak-lambak, melambak 1. = terlambak tidak tersusun rapi, dilonggokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbuntimbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? 2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam dgn benang emas banyak-banyak; melambak 1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak; 2. Mn melapik, mengalas; ~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar); melambakkan membuat timbunan (longgok) yg tidak tersusun rapi, melonggokkan: jangan kamu lambakkan kain kotor di situ; lambakan 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran tempatan; perlambakan perihal atau kejadian berlambak: ini menyebabkan berlakunya ~ pekerja dlm pasaran buruh; pelambakan perbuatan melambakkan sesuatu, penimbunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(me)limpah ruah | a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(ber)tumpah ruah | = (me)limpah ~ = penuh ~ a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruah I | ; (ber)tumpah ~ = (me)limpah ~ = penuh ~ a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; meruah 1. Kd, bk membuang air besar (kecil), berak, kencing; 2. Kd membuang-buang air; meruahkan mencurahkan, melimpahkan, menumpahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlimpah-limpah | 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muncah | banyak, berlimpah-limpah: rezekinya ~ bagai ditabur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melewah | 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lewah | (léwah) 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan; kelewahan hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlambak | tidak tersusun rapi, dilonggokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbuntimbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? | Kamus Dewan Edisi Keempat |