Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lingkar1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, mem­belit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, me­lilitkan, menggelungkan: logam ini di­lingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lingkar1 keluk bergelung yg merupakan bulatan; gelung: se~ rotan. 2 simpai pd roda (tong dsb); bingkai. 3 keliling pd sesuatu bulatan; lilit. berlingkar 1 bergelung menjadi bulatan (bkn ular): Seekor ular ~ di dlm reban ayamnya. 2 ki berbaring atau tidur: Hari sudah tinggi tetapi dia masih ~ di tempat tidurnya. melingkar 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. melingkari 1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya. melingkarkan membuat (bergerak dll) supaya berlingkar; menggelungkan: Kelasi itu sedang ~ tali sauh. lingkaran 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melingkar1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlingkar1 bergelung menjadi bulatan (bkn ular): Seekor ular ~ di dlm reban ayamnya. 2 ki berbaring atau tidur: Hari sudah tinggi tetapi dia masih ~ di tempat tidurnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlingkar1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam;Kamus Dewan Edisi Keempat
lingkaran1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lingkaran1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelung, = gelungan 1 apa-apa yg berbentuk bulat kerana digulung (bkn rotan, kertas dsb); lingkar. 2 apa-apa yg melengkung bentuknya; kelok: ~ rambut kelok atau ikal rambut. bergelung berlingkar bentuknya kerana digulung: Dia meluruskan dawai yg ~ itu dahulu sebelum menggunakannya. menggelung membuat atau membentuk gelung (drpd sesuatu); melingkar: ~ rotan. menggelungkan menjadikan sesuatu bergelung atau berlingkar; melingkarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cincin I1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelung= gelungan 1. apa-apa yg berbentuk bulat kerana digulung (bkn rotan, kertas dsb); lingkar. 2. apa-apa yg melengkung bentuknya; kelok:~ rambut kelok atau ikal rambut. bergelung berlingkar bentuknya kerana digulung: Dia meluruskan dawai yg ~ itu dahulu sebelum menggunakannya. menggelung membuat atau membentuk gelung (drpd sesuatu); melingkar: ~ rotan. menggelungkan menjadikan sesuatu bergelung atau berlingkar; melingkarkan.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas