ludah | air yg keluar (drpd) dlm mulut, air liur; ~ sirih ludah yg berwarna merah (tatkala makan sirih); tempat ~ bekas utk menakung ludah; berludah, meludah membuang ludah, mengeluarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali; meludahi meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ mukaku; meludahkan 1. menyemburkan ludah; 2. meludah utk mengeluarkan sesuatu drpd mulut: ia ~ air sirih yg sudah lama bertakung di dlm mulutnya itu; maka nanah itu diludahkannya ke dlm sebuah peluahan; peludahan bekas tempat meludah; peludah orang yg selalu dan suka meludah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meludahi | meludah (berludah) pd: aku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ mukaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |