berlumpur | penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlumpur | 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkah I | ; papan ~ papan sbg titi utk berjalan di tempat yg berlumpur dll; menongkah 1. membubuh papan di tempat yg berlumpur dll utk titi berjalan, berjalan di papan, meniti; 2. menyongsong arus dll; ~ air menyongsong air; ~ arus menyongsong arus; ~ pasang (surut) menempuh pasang (surut); 3. melawan, menentang: tidak pernah ia ~ perintah; ke hulu ~ surut, ke hilir ~ pasang prb selalu rugi (sial); tongkahan landasan, titian, tumpuan (berjalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berluluk | berlumpur, kena lumpur; tiada ~ mengambil cekerau prb mendapat untung dgn tidak bersusah payah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlolok | berlumpur; ®luluk I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlecak | berlumpur, becak, lecah: halaman rumahnya terlalu kecil lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanyah | berlumpur, becak, lecah; melanyah menjadikan becak, melecahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecak | /lécak/ berlumpur; becak; kecah: Halaman rumahnya ~ kerana hujan turun dgn lebatnya malam tadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melumpuri | menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecah I | berlumpur, becak, becek: jalan itu terlampau ~; kena ~ ki mendapat nama yg buruk (cemar); ~ di kaki prb suami yg tidak bertanggungjawab; dr ~ lari ke duri prb perihal seseorang yg menghindarkan dirinya drpd kesukaran yg kecil tetapi jatuh dlm kesukaran yg lebih besar; berlecah bermain-main dgn lecah, bekerja dlm lecah; melecahkan menyebabkan lecah; terlecah 1. terkena lecah, terjatuh ke dlm lecah; 2. ki mendapat nama buruk, tercemar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |