berlurah | 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlurah-lurah | mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlurah | ada lurah, berlembah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurah | 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beralur | ada alurnya; berlurah: Bahagian tepi permukaan meja itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beralur | ada alurnya; berlurah: Bahagian tepi permukaan meja itu ~. | Kamus Pelajar |
melurahkan | menyebabkan sesuatu jadi berlurah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beralur | 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takuk | 1. takik yg agak dalam (pd pokok kelapa dll tempat berpijak ketika memanjat), tokek; 2. bahagian kemaluan laki-laki yg berlurah, leher kemaluan laki-laki; 3. ki had, takat, peringkat: petani-petani masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka; ~-takak berbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata; bertakuk ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh); ~ yg ditebang, yg bergaris yg dipahat prb, Mn mengikut peraturan (adat, resam) yg lazim; menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik; 2. Mn menentukan (perjanjian dll); ~ janji menentukan janji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurah I | 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |