bermaharajalela | 1 berbuat (dgn) sekehendak hati. 2 sangat menjadi-jadi (bkn penyakit dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermaharajalela | , bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenangwenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maharajalela | (maharajaléla) sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri yg tugasnya memenggal kepala orang yg bersalah kpd raja; bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenangwenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; kemaharajalelaan perihal bermaharajalela; merajalela. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemaharajalelaan | perihal bermaharajalela; merajalela. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercabul | 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergendang | memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; ~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuasa | 1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersewenang-wenang | 1. (membuat sesuatu) dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sembarangan sahaja, tidak dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah mengelirukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sewenang-wenang | , bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu) dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; 2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim: tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3. melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sembarangan sahaja, tidak dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah mengelirukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maharajalela | /maharajaléla/ gelaran utk kepala menteri yg dlm upacara kerajaan, berdiri memegang pedang terhunus dan sedia memenggal kepala orang yg bersalah atau orang yg menderhaka kpd raja. bermaharajalela 1 berbuat (dgn) sekehendak hati. 2 sangat menjadi-jadi (bkn penyakit dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |