Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma.lam] | برمالم

Definisi : 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermalam

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
     Mendengar tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
inap; menginap menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; penginapan 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam: tidak ada seorang pun yg sanggup memberi ~ kpd anak-anak kapal itu; penginap orang yg menginap di sesuatu tempat (rumah, hotel, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
bermalam1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermalam1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
elaun bermalamelaun yg diberikan kerana terpaksa bermalam di sesuatu tempat (kerana menjalankan tugas);Kamus Dewan Edisi Keempat
penginapan1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam: tidak ada seorang pun yg sanggup memberi ~ kpd anak-anak kapal itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumpang1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?;Kamus Dewan Edisi Keempat
elaun(élaun) bayaran yg diberikan kpd seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas): ~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan; ~ anak elaun utk dibelanjakan ke atas anak; ~ bermalam elaun yg diberikan kerana terpaksa bermalamKamus Dewan Edisi Keempat
bersaparbermalam dlm sapar.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengamarJk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengendongmenumpang tidur (bermalam) di rumah orang; endon.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas