bermesra | , bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbucumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermesra-mesraan | saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermesra | 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermesra-mesra | 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbucumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermesra | 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. | Kamus Pelajar |
bermesra-mesraan | 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesraan: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesra | 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (bersahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejaskan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbucumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesraan: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampurkan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persahabatan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermesraan | bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercampur gaul | bergaul, bermesra, bersahabat dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sosialisasi | perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara satu sama lain; pergaulan: Beliau menekankan pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |