bermeter | menggunakan meter atau telah dipasang dgn meter: Perkhidmatan teksi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meter II | /méter/ alat utk mengukur atau utk menyukat sesuatu (jarak, jumlah yg digunakan dll): ~ air; ~ elektrik. bermeter menggunakan meter atau telah dipasang dgn meter: Perkhidmatan teksi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zon | 1 satu drpd lima kawasan (lingkungan) di permukaan bumi yg terbahagi mengikut garisan lintang dan suhu; kawasan: ~ panas; ~ sederhana. 2 kawasan atau daerah yg mempunyai sifat tertentu atau utk tujuan tertentu: ~ perang; ~ letak kereta bermeter. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zon | 1. salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yg terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat: ~ sederhana; ~ sejuk; ~ panas; 2. kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat: ~ pengaruh; ~ damai; letak harga mengikut ~; 3. lapisan atau kawasan batu-batan yg dicirikan dgn fosil, kecacatan struktur, dsb tertentu: ~ air tanih; ~ air ampai; 4. bahagian sfera di antara dua satah yg selari yg memintasi sfera; 5. kawasan atau daerah yg berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dsb: ~ letak kereta bermeter; ~ tentera; ~ perdagangan bebas (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport; mengezonkan membahagikan kpd zon; pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |