berminta | berharap supaya diberi sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berminta | diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berminta-minta | , meminta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minta | ; berminta berharap supaya diberi sesuatu. meminta 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. ~ ampun (maaf) memohon supaya diberi ampun atau maaf. ~ berhenti memberitahu hendak berhenti drpd pekerjaan. ~ diri memohon supaya dibenarkan pergi atau pulang. ~ jalan memohon supaya diberi jalan utk dilalui. ~ nyawa memohon supaya tidak dibunuh. ~ sedekah mengemis. ~ tolong memohon pertolongan. meminta-minta 1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis. permintaan 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. peminta orang yg meminta: ~ sedekah pengemis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
minta | berminta berharap supaya diberi sesuatu. meminta 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para ha | Kamus Pelajar |
minta-minta | 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minta | 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkalikali, banyak yg diminta, memohon, memohon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhidmatan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak I | cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerakkan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk mencairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak berwarna perang dan mudah terbakar yg diekstrak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau menggoreng makanan; ~ mentah minyak yg dilombong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tumbuhan spt bunga, daun atau kayu, dan digunakan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuhtumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombongannya dll); sakramen ~ Id sj upacara bersembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |