bermoral | mempunyai moral; berakhlak: Mereka dididik supaya menjadi anak yg ~ dan tahu menghormati orang tua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermoral | mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak bermoral | tidak berakhlak; sangat buruk tingkah laku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tidak bermoral | tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salah laku | perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salah laku | kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalang | membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beretika | mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalang | membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar |
jalang | 1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |