bermotifkan | mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermotifkan | mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
platonik | semata-mata bersifat spiritual, bukan didorong oleh atau bermotifkan keinginan nafsu syahwat (bkn hubungan persahabatan atau kasih sayang): hubungan ~ antara Hafiz dgn Zakiah adalah inti novel Langit Petang; apakah yg menarik tentang cinta ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arabes | (arabés) 1. corak hiasan pd catan, ukiran kayu dsb yg bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yg disusun dgn garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat; 2. kedudukan penari balet yg berdiri di atas sebelah kaki sementara kaki yg sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulasi | /spékulasi/ 1 pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi berkemungkinan mendapat untung yg banyak: Permintaan wang utk tujuan ~ lebih bermotifkan keuntungan. 2 pendapat, kesimpulan, dugaan dll yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta: Itu merupakan ~ yg menjadi cabaran kpd pasukan merah kuning utk membuktikan keunggulannya sbg penyandang Piala Malaysia. berspekulasi membuat spekulasi: Saya tak ingin ~ lebih lanjut lagi ttg perkara itu. menspekulasikan menjadikan sbg bahan spekulasi: Jika ditukarkan dlm mana-mana mata wang sekalipun, emas boleh dispekulasikan. Pernyataan Bersama itu akan membuahkan hasil spt yg dispekulasikan. penspekulasi orang yg membuat spekulasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
motif | 1 sebab yg mendorong seseorang berbuat atau melakukan sesuatu. 2 dasar fikiran atau pendapat. 3 sesuatu yg menjadi pokok atau tema dlm sesuatu cerita. bermotif mempunyai motif, berdasarkan motif: Pembunuhan itu berkemungkinan ~ rasa cemburu. bermotifkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
motif | 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |