Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melecehmengampu atau bermuka-muka (dgn ketua, majikan dll).Kamus Pelajar
pelecehorang yg suka bermuka-muka dgn ketua atau yg suka mengampu ketua.Kamus Pelajar
bermuka-muka1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka.Kamus Pelajar
leceh/lécéh/ 1. cerewet lagi rumit (bkn pekerjaan dsb):pekerjaan yg ~. 2. meleleh dan melekit (spt keadaan air gula, lilin cair dll). 3. sangat rendah (nilai atau mutunya); hina. meleceh mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua, majikan dll). melecehkan tidak mempedulikan; memandang rendah atau hina. peleceh orang yg suka bermuka-muka dgn ketua atau yg suka mengampu ketua.Kamus Pelajar
muka1 bahagian kepala di sebelah hadapan dr dagu hingga ke dahi: ~nya penuh dgn jerawat. air ~ rupa muka; wajah. 2 bahagian yg di hadapan; sebelah hadapan: Ia pergi ke pintu ~ utk melihat siapa yg datang. 3 hadapan: Perkara itu telah dibawa ke ~ pengadilan. 4 = ~ surat halaman buku. 5 = permukaan bahagian yg di sebelah atas bidang yg menutupi sesuatu atau yg di atas sekali: Gunung Tahan tingginya 2,185 meter atau 7,186 kaki dr ~ laut. 6 yg terdahulu; pendahuluan; permulaan: wang (duit) ~ wang (duit) yg dibayarkan pd mulanya; cengkeram. 7 yg akan datang: minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. ~ bumi bahagian bumi yg di sebelah atas yg meliputi bahagian yg datar, gunung-ganang dll; bidang bumi. ~ dua tidak jujur; belot. ~ manis rupa muka yg menarik. ~ masam rupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa. ~ papan muka yg tak tahu malu. ~ pintu ruang atau lapangan pintu tempat keluar masuk. ~ tebal (tembok) muka tak bermalu. muka-muka;dgn ~ tidak ikhlas. bermuka mempunyai muka: tidak ~ malu; ~ dua berlaku tidak jujur. bermuka-muka 1 berhadap-hadapan; di hadapan muka. 2 tidak dgn ikhlas; berpura-pura: Orang itu ~ supaya segala kehendaknya dpt belaka. permukaan bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalanitu tidak rata. pemuka orang yg di muka dlm sesuatu kegiatan, usaha dll; pemimpin; pembimbing; penganjur. di muka 1 di hadapan muka; dgn terang-terang: Ia membuat teguran ~ orang yg bkn. 2 di hadapan; di depan: ~ umum di hadapan khalayak ramai; ~ puasa menjelang puasa. ke muka 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. mengemukakan 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. terkemuka diketahui umum; terkenal; ternama: Dlm bidang ekonomi, beliau memang ~ di Malaysia ini. semuka berhadapan muka. bersemuka bertemu muka; berhadapan muka. menyemukakan mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. persemukaan perbuatan atau hal bersemuka.Kamus Pelajar
bermukamempunyai muka: tidak ~ malu; ~ dua berlaku tidak jujur.Kamus Pelajar

Kembali ke atas