bermukim | bertempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermukim | berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermukim | bertempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar |
pemukim | orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permukiman | 1. kegiatan bermukim: ~ kum-pulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai; 2. tempat (daerah, kawasan) bermukim: | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menetap | tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadi-kan kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukim | 1. penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih drpd satu masa Haji di Mekah); 2. kawasan yg di dlm lingkungan sebuah masjid; 3. kawasan (tempat tinggal) yg di bawah perintah seorang penghulu: di salah satu tempat dlm ~ Batu sekarang ini, ada sekumpulan kecil kaum Sakai; bermukim berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka; permukiman 1. kegiatan bermukim: ~ kum-pulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai; 2. tempat (daerah, kawasan) bermukim: pemukim orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukim | 1 kawasan yg di bawah perintah seorang penghulu. 2 kawasan yg di bawah lingkungan sebuah masjid. 3 penduduk yg tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat. bermukim bertempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mukim | 1 kawasan yg di bawah perintah seorang penghulu. 2 kawasan yg di bawah lingkungan sebuah masjid. 3 penduduk yg tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat. bermukim bertempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar |
tetap I | 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak berganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan berpencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berkesudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (keadaannya): harga getah dan timah bergantung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keyakinannya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. memenuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), menjalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadikan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajiban dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menyelaraskan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |