bermurah hati | memberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermurah hati | tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermurah | ; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermurah | ~ hati tidak kedekut utk memberi sedekah dll: Ia telah ~ hati menghadiahkan wang sebanyak RM1,000.00 kpd persatuan itu. | Kamus Pelajar |
murah hati | 1 suka memberi; tidak kedekut. 2 pengasih dan penyayang. bermurah hati memberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu. kemurahan hati sifat murah hati; kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melimpahi | 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanak | juru~ = tukang ~ orang yg memasak, tukang masak; minyak ~ minyak kelapa;bertanak 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; nasi ~ nasi yg ditanak (bukan dikukus); bagai ~ di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri;menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; ~ kentang merebus kentang; ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak; ditanaknya semua berasnya prb Mn perihal orang yg suka memperlihatkan kepandaian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;menanakkan menanak utk: dia sempat ~ ibunya nasi sebelum pergi ke ladang setiap pagi;tanak-tanakan bermain masak-masak (bkn anak-anak);mempertanak ark menanak (nasi);petanakan sesuatu yg ditanak, masakan;sepenanak = ~ nasi waktu yg lamanya serupa dgn lama orang menanak nasi (lebih kurang 20 minit);penanak, pertanak sl orang yg menanak, tukang masak: jikalau hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murah | 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
limpah | 1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. mengeluarkan banyak-banyak, mencurahkan banyakbanyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg berusaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |