bernabu | (Bio) mempunyai isi yg banyak (bkn buah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesokarpa | (mésokarpa) (Bio) lapisan tengah buah, biasanya bernabu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nabu | 1. Mn biji (buah-buahan spt durian dll) berserta isinya; 2. (Bio) isi buah, daging buah; bernabu (Bio) mempunyai isi yg banyak (bkn buah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
durian | 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ menunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt mentimun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |