berorientasi | melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa berorientasi objek(object-oriented language) | Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan kaedah pengaturcaraan berorientasi objek. Misalnya, Smalltalk dan C++. | Kamus Komputer |
pengaturcaraan berorientasi objek(object-oriented programming) | Kaedah pengaturcaraan komputer yang berdasarkan pengolahan objek. Dalam kaedah ini konsep `data` dan `tatacara` dalam kaedah pengaturcaraan biasa digantikan dengan konsep `objek` dan `mesej`. Objek merupakan bungkusan maklumat dan keterangan bagaimana mengolahnya manakala mesej ialah penentuan bagi perolahan salah satu objek. | Kamus Komputer |
oop | Singkatan bagi object-oriented programming. Lihat pengaturcaraan berorientasi objek. | Kamus Komputer |
ECOM | Singkatan bagi electronic computer oriented mail, iaitu mel berorientasi komputer elektronik. | Kamus Komputer |
COBOL | Singkatan bagi common business oriented language, iaitu bahasa berorientasi perniagaan sepunya. COBOL ialah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dibentuk pada tahun 1959 bagi kegunaan pemprosesan data, khususnya dalam bidang perniagaan dan perdagangan. | Kamus Komputer |
FOIL | Singkatan bagi file-oriented interpretive language, iaitu bahasa pentafsiran berorientasi fail. | Kamus Komputer |
objek(object) | 1. Struktur data dalam ingatan yang boleh diolah oleh sistem komputer. 2. Bungkusan maklumat dan keterangan tentang bagaimana mengolah maklumat dalam pengaturcaraan berorientasi objek. 3. Istilah singkat bagi kod objek. 4. Istilah singkat bagi atur cara objek. 5. Benda yang dikaji oleh sistem pengecaman penglihatan. | Kamus Komputer |
orientasi | (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ pertumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |