berpadang | mempunyai padang, ada padangnya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padang | 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak dikerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kiamat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padangnya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |