Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pakai; memakai 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. memakaikan 1 mengenakan atau memasangkan sesuatu pd: Ketika kita kecil-kecil dahulu, ibulah yg menyuapi kita dan ~ baju pd kita. 2 menguntukkan sesuatu supaya digunakan; memberikan sesuatu supaya dipakai: Kita tidak boleh ~ peraturan itu kpd rakyat di sini. terpakai sudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain. pakaian 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. berpakaian 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. pemakaian perbuatan (hal dsb) memakai atau menggunakan; penggunaan: ~ bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan sudah berkurang. pemakai 1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpakaian1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpakaian1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpakaian1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih ~ di biliknya. Kamus Pelajar
pakai1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) me­ngenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (memper­gunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
telanjang1 tidak bertutup dgn pakai­an (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan men­jadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan di­ketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. pene­lanjangan perbuatan, perihal dsb me­ne­­lanjangi atau menelanjangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dakwah1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu keper­cayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp pe­nyampaian atau penyebaran ajaran yg ber­tentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg ke­lihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi se­karang ini sudah ~; berdakwah menjalankan kegiatan menye­barkan sesuatu kepercayaan; mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu; mendakwahkan menyebarkan sesuatu ke­per­­cayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia; pendakwahan perihal mendakwahkan, pe­nye­baran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis; pendakwah orang (golongan) yg berdakwah.Kamus Dewan Edisi Keempat
serba1 seluruhnya atau semuanya sekali; segala-galanya: Dia berpakaian ~ putih. 2 banyak macam atau banyak jenisnya; berbagai-bagai; bermacam-macam: ~ bunga dan pelbagai buah ada di dlm taman itu. ~ aneka berbagai-bagai; bermacam-macam. ~ salah ba­gaimanapun salah juga. ~ satu bagi tiap-tiap jenis ada satu. ~ sedikit bagi tiap-tiap jenis ada sedikit. ~-serbi a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serba1. semua(nya), segala(-galanya), se­luruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
identiti/idéntiti/ 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yg dpt menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yg tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yg dpt melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yg lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia. beridentiti mempunyai identiti; ada identitinya: Usaha ke arah satu masyarakat yg ~ Malaysia. beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: Satu ideologi yg ~ diri kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas