berpandangan | mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpandangan jauh | mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpandangan | mempunyai pandangan (bahawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpandangan muka | berhadapan atau bertemu muka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpandangan mata | bertemu mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpandangan dgn | berhadapan dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpandangan | saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesimistik | (pésimistik) bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu), lwn optimis: di dlm bukunya terdapat rasa ~ kerana ia melihat banyak kejelikan dan kepincangan dlm masyarakatnya; orang-orang yg ~ meramalkan kemungkinan berlakunya perang dunia dlm kurun ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertimbangan pandang | bertukar pandang, saling berpandangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermimpi | 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |