berpuasa | 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpantang | 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantang | 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang melakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu memakan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu meminum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (minuman) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (bertentangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajal | 1 had atau batas hidup yg telah ditetapkan Allah: Berpantang mati sebelum ~. 2 kematian; maut: menemui ~ mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tarak I | Ar 1. pengekangan hawa nafsu dgn bertapa (berpuasa, berpantang, dll); 2. Mn tapa; bertarak 1. mengekang hawa nafsu (dgn berpantang, berpuasa, dll); 2. Mn bertapa, mengasingkan diri; 3. Mn berlama-lama di sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu); pertarakan perihal bertarak, pertapaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajal | 1. had atau batas hidup yg telah ditetapkan Allah: Berpantang mati sebelum ~. 2. kematian; maut: menemui ~nya mati. | Kamus Pelajar |
diet | /diét/ 1 makanan dan minuman biasa yg dimakan oleh manusia atau binatang. 2 makanan yg dihadkan utk seseorang atas sebab-sebab kesihatan. 3 = berdiet berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diét | /diét/ 1. makanan dan minuman biasa yg dimakan oleh manusia atau binatang. 2. makanan yg dihadkan utk seseorang atas sebab-sebab kesihatan. 3. = berdiet berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. | Kamus Pelajar |
puasa | 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Islam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surut | 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn kemarahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 menyebabkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |