Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkelamin1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkelamin1. berpasangan (lelaki dan pe­rempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang I1 dua orang yg terdiri drpd seorang lelaki dan seorang perempuan; dua ekor binatang yg terdiri drpd seekor jantan dan seekor betina; jodoh; kelamin: se~ anak ayam. 2 dua benda yg satu menjadi pelengkap kpd yg lain dan sebaliknya: Ada dua ~ kasut pd saya. 3 beberapa benda yg semuanya dikira satu; selengkap; set: se~ baju Melayu. berpasang-pasang 1 berdua-dua; sepasang-sepasang: Kemudian mereka pun menari ~. 2 beberapa pasang: ~ kasut. memasangkan menjadikan sepasang (dgn); menjodohkan: Dia bersetuju jika anaknya dipasangkan dgn gadis itu. pasangan sesuatu yg menjadi regu atau jodoh kpd sesuatu yg lain; satu drpd dua yg berpasang-pasang: Stoking ini mana ~nya? berpasangan 1 ada pasangannya; berdua: Dia pergi seorang diri, tidak ~. 2 merupakan pasangan kpd: Dia ~ dgn saya ketika pergi ke majlis itu. berpasang-pasangan dlm kumpulan dua-dua; terdapat pasangan-pasangannya: Mereka berbaris ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pasang I1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar, dua ~ stoking; 3. selengkap, sepe­rangkat, satu set: dua ~ pakaian; sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; berpasang = berpasangan; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~; memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan; pasangan 1. barang apa yg merupakan pa-sang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya? berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpasangan1 ada pasangannya; berdua: Dia pergi seorang diri, tidak ~. 2 merupakan pasangan kpd: Dia ~ dgn saya ketika pergi ke majlis itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpasangan1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat
berangkap1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berangkap1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkelamin1. berpasangan. 2. beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak.Kamus Pelajar
kelamin1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas