berpendidikan | mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpendidikan | mendapat pendidikan (latihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpendidikan | mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. | Kamus Pelajar |
bestari | 1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bestari | 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bestari | berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. | Kamus Pelajar |
bersekolah | 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. | Kamus Pelajar |
sekolah | 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. | Kamus Pelajar |
profesion | /profésion/ pekerjaan yg memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yg melalui latihan khusus dan berterusan, spt dlm bidang perubatan, seni bina dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebestarian | keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |