Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berperkara 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perkara I1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat, banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicara­kan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh; seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tam­bahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman; berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili); memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah; memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. men­jadikan perselisihan (pertengkaran, perga­duhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
berperkara1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili);Kamus Dewan Edisi Keempat
pokrol1. Id wakil orang yg berperkara di mahkamah (dituduh atau menuduh), peguam, pembela; 2. bp orang yg pandai bertengkar (berbantah, berbahas, dll); ~ bambu a) pokrol (pembela) yg tidak ber­kelulusan (berkelayakan); b) orang yg pandai bertengkar (berbantah, berbahas, dll); ~ jenderal Id ark jaksa agung; memokrolkan menyerahkan perkara kpd pokrol (peguam); pokrol-pokrolan bp bertikam lidah, berlawan berbicara (bertengkar dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berdakwasl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba;Kamus Dewan Edisi Keempat
dakwaaduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemuka­kan di mahkamah; kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan); berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba; mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau menge­muka­kan sesuatu sbg satu kenyataan atau ke­benaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu; mendakwai menuntut (hak dll); mendakwakan menuntut (sesuatu), menu­duh­kan; terdakwa orang atau pihak yg didakwa (di­tuntut mahkamah); dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah di­majukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dike­muka­kan dsb) supaya diterima sbg satu ke­nyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; pendakwaan perbuatan mendakwa, penge­mukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu; pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas