pesan I | 1 = pesanan sesuatu (spt perintah, nasihat) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti, jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. 2 = pesanan permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat; tempahan. 3 nasihat dll yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal; wasiat. berpesan 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat, dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal, ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. memesan 1 memberi pesan (nasihat dll): Sudah dipesan oleh ibunya supaya tidak bermain-main di tepi lombong itu. 2 meminta sesuatu supaya disediakan atau dikirim; menempah: ~ buku meminta supaya buku dikirim. memesankan memesan sesuatu utk orang lain: Ibu ~ kakak beberapa helai kain. pemesan orang yg memesan (menempah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesan | 1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mempercayakan sesuatu kpd orang dgn tidak percaya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesankan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpesan | 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat, dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal, ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpesan | 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpesan | 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: >Sebelum pergi ke pejabat dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. | Kamus Pelajar |
berpetaruh | 1. memberi petaruh, menasihat; 2. berpesan, berwasiat: dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arwah | 1 roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2 Allahyarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arwah | 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2. Allah yarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti. | Kamus Pelajar |
amanat | Ar 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya; penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah; beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan; mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amanah | 1 dpt dipercayai; jujur: Jangan bimbang, sahabatku itu ~ orangnya. 2 sesuatu yg dipercayakan kpd orang lain: Bahagian timur Pulau Papua telah diurus oleh Australia sbg ~ drpd Bangsa-Bangsa Bersatu; 3 nasihat, perintah dll yg diterima utk dilaksanakan atau utk disampaikan kpd orang lain; wasiat; pesan: Arwah ayahmu ada meninggalkan ~ supaya engkau terus belajar hingga ke universiti. beramanah menyampaikan amanah; berpesan. mengamanahkan 1 memberi amanah atau pesan kpd. 2 mempercayakan sesuatu kpd: Allahyarham telah ~ segala bukunya kpd Universiti Malaya. pengamanahan perihal atau perbuatan mengamanahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |